1.1.2 FALSAFAH: FALSAFAH DAN PENGETAHUAN MANUSIA

 Kategori ilmu terbahagi kepada dua iaitu Ilmu Wahyu (Naqli) dan Ilmu Akal (Aqli).

ILMU WAHYU (NAQLI) : Kategori ilmuyang diturunkan oleh Tuhan untuk panduan kehidupan manusia yang menjadi penganut/ummatNya menerusi orang perantaraan yang terpilih menerusi kitab-kitab dan risalahNya. Contoh ilmu wahyu : Quran, Injil, Zabur dan Taurat.

ILMU AKAL (AQLI) : Kategori ilmu menerusi keupayaan akal manusia. Pengetahuan empirikal merupakan pengetahuan yang diperoleh menerusi pengalaman pancaindera yang menghasilkan satu penemuan baru (bahan, idea, kaedah). Contohnya Sains, Matematik, Geografi, Sejarah dan sebagainya.

 Pengetahuan rasional pula merupakan pengetahuan yang diperoleh menerusi proses taakulan yang berpandukan logik untuk menyelesaikan masalah atau membuat rumusan. Logik induktif atau logik deduktif sentiasa digunakan berdasarkan cerapan yang dilakukan.

Pengetahuan autoritarif adalah pengetahuan yang ada pada orang tertentu yang diiktiraf sebagai pakar. Contoh : hanya doktor yang tahu tentang sesuatu penyakit atau kaedah rawatan dan penyembuhannya.

Pengetahuan intuisi melibatkan pengetahuan yang setiap orang miliki tetapi bergantung kepada kepekaan dan sensitiviti terhadap persekitaran. Contoh : penggubah lagu, penulis dan pelukis hanya berkarya setelah mendapat ilham.




Rajah 1.1 Kategori Ilmu


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "1.1.2 FALSAFAH: FALSAFAH DAN PENGETAHUAN MANUSIA"

Catat Ulasan