1.1.2 FALSAFAH: KONSEP DAN PENGERTIAN

Falsafah ialah mencintai kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai kaitan lansung dengan berfikir tentang kebenaran. Sidi Gazaiba (1974) menyatakan bahawa makhluk berfikir ialah manusia. Tetapi manusia bukan ahli falsafah. Berfalsafah adalah berfikir. Tetapi berfikir bukan berfalsafah. Dalam Islam, falsafah lebih dikenali sebagai hikmah. Persoalan hikmah membicarakan tentang kebijaksanaan manusia dan ketuhanan. Kamus Dewan Edisi IV (2005) memberi pengertian hikmah sebagai kebijaksanaan atau kecerdikan kurniaan Allah SWT. Hikmah juga membawa maksud kelebihan atau tujuan sebenar sesuatu perkara. Berikut adalah beberapa pengertian daripada tokoh-tokoh terkemuka.




Berfikir yang dikatakan berfalsafah ialah apabila usaha berfikir tersebut mengandungi tiga ciri utama iaitu berfikir radikal, berfikir sistematik dan berfikir universal.

Berfikir Radikal

Radikal berasal daripada perkataan radix (bahasa yunani) yang bererti akar. berfikir radikal ialah berfikir secara mendalam sehingga ke akar umbi atau sehingga ke peringkat ke paling dasar. Berfikir sebegini bukanlah hanya sekadar imbasan sahaja, berfikir radikal ini meletakkan andaian tiada yang tahu, tiada yang benar, tiada yang suci dan tiada yang terlarang.

Berfikir Sistematik

Berfikir sistematik ialah berfikir secara logik dan tersusun yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran secara turutan, berkesinambungan dan tertib. Berfikir sebegini menunjukkan hubungan peranan, tanggungjawab dan saling hubungan yang teratur. 

 Berfikir Universal

Berfikir universal ialah berfikir secara umum dan mencakupi keseluruhan perspektif atau worldview. Hal ini bermakna berfikir sebegini adalah tidak secara khusus atau terbatas pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Berfikir secara universal dapat memberikan perspektif yang berbagai, menemukan titik kesesuaian dan manfaat yang diperoleh.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "1.1.2 FALSAFAH: KONSEP DAN PENGERTIAN"

Catat Ulasan